Samsung LCD tv
Tv ini dibeli pada tahun 2005 disebuah kedai di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Harga lebih kurang RM1600++ termasuk 'bracket'. Model code: Samsung LA32A330JIXXM. Tapi model ini sudah tidak dikeluarkan lagi.
Sepanjang perkhidmatannya daripada tahun 2005 hinggalah ke tahun 2013 (8 tahun juga) barulah tv ini menunjukkan tanda-tanda untuk rosak. Petanda awal akan berlakunya kerosakan kepada tv lcd ini adalah ia akan mengambil masa yang lama untuk on. Biasanya tv lcd ini akan berbunyi bila on dan off. Bunyi ini akan berulang-berulang kadang kala mengambil masa sehingga satu minit untuk on. Jadi sebelum menjadi lebih teruk dan terpaksa dihantar ke kedai, aku membuat carian di Google.com. Nah, rupanya masalah ini bukanlah masalah terpencil. Website dan youtube sudah ada penyelesaiannya. Berani atau tidak sahaja untuk mencuba DIY sendiri. Bagi yang rajin membaca anda boleh pergi ke website ini http://www.instructables.com/id/Repair-Samsung-LCD-TV-Relay-Clicks-Shuts-Off-Wo/ atau untuk melihat video cara-cara membaiki anda boleh ke pautan ini http://youtu.be/XJTfdDTAQpo
Berdasarkan kepada video diatas, aku mendiy tv lcd itu. Selepas membuka penutup belakang tv lcd itu, memang akan nampak kapasitor yang rosak itu.
Kalau dlm internet, kapasitor yg rosak ini dipanggil bulge capacitors atau kapasitor bengkak yang boleh di lihat dengan mata kasar sahaja. Setelah mengenalpasti apakah kapasiti kapasitor yang rosak itu, tugas seterusnya adalah mencari kedai yang menjual kapasitor. Jadi untuk membeli barangan elektronik biasanya aku akan pergi ke Jalan Pasar. Aku membeli kapasitor 2200 micro farad dengan suhu 85^C. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Kalau aku hantar tv lcd ini ke kedai untuk dibaiki mungkin kosnya jauh lebih tinggi atau disuruh membeli tv baru pula. Sungguh jimat. Jika anda merasakan entri ini menarik harap dapat melayari kedai online saya sebagai ucapan terima kasih.Power supply board with bulge capacitor. |
Kapasitor rosak yang telah dikeluarkan daripada power supply board. |
Kapasitor baru. |
No comments:
Post a Comment