Tuesday, 1 April 2014

MRT sebelah bilikku part 3

24/2/2014 (Isnin) - Kerja-kerja memecahkan bored pile telah selesai, mendedahkan tetulang besi bored pile yang akan dibentuk menjadi pile cap. Pile cap merupakan asas yang memisahkan bahagian cerucuk dengan tiang. Jika kita lihat pada gambar disebelah, pile cap memisahkan bored pile dengan pier. Struktur pile cap dibina dengan menyusun tetulang besi dengan panjang dan lebar yang berbeza atau sama. Fungsi pile cap adalah untuk menerima beban daripada tiang/pier dan menyebarkan bebanan ini kepada cerucuk yang terletak dibawah pile cap.





25/2/2014 (selasa) - Kerja-kerja memasang tetulang bagi pile cap telah siap. Formwork sebelah tepi juga telah siap dipasang. Menunggu masa untuk penuangan konkrit kedalam pile cap yang sudah siap. 





27/2/2014 (Khamis) - Tetulang besi yang telah siap seperti gambar diatas telah dibuka. Adakah ini dilakukan setelah pihak perunding mendapati pembinaan pile cap seperti gambar diatas tidak mengikut lukisan pembinaan yang diluluskan? Atau ada sebab lain?







3/3/2014 (Isnin) - Kerja-kerja mengikat tetulang besi pile cap diteruskan semula. Kelihatan para pekerja sedang menurunkan papan acuan bagi bahagian tepi pile cap.










11/3/2014 (Selasa) - Kerja-kerja mengkonkrit pile cap telah selesai.

Jumlah hari yang diambil untuk menyiapkan pile cap ini adalah sebanyak 15 hari. Jika dikira 5 hari bekerja sahaja, tempoh masa yang diambil adalah 11 hari.

Jika coretan ini memberi manafaat, harap dapat melayari http://www.kedaikainsafiah.com sebagai tanda terima kasih.

Tuesday, 11 March 2014

MRT sebelah bilikku part 2

28/01/2014 Daripada dalam bilik - kerja-kerja
mendedahkan reinforcement pile head.
Kerja-kerja membina pier masih lagi berterusan. Setelah diselidiki diinternet, pembinaan asas pier menggunakan bored pile adalah disyorkan untuk kawasan yang berhampiran dengan bangunan sediaada. Antara sebab-sebab lain penggunaan bored pile adalah seperti berikut:

  1. Beban struktur yang hendak dipindahkan adalah terlalu besar,
  2. Asas cetek atau shallow faoundations tidak dapat menanggung beban struktur yang besar dan akan mengalami enapan yang tinggi,
  3. Penggorekkan yang sangat dalam sehingga melepasi paras air tanah ground water table,
  4. Penggorekkan basement yang dalam dan berhampiran dengan bangunan sediaada.

 
07/02/2014 Tetulang besi  pada Bored
pile A telah terdedah sepenuhnya.
Manakala, progres pada 28/01/2014 adalah kerja-kerja memasang cerucuk keping 'sheet piles' sebagai tembok penahan sementara dan memecah pile head untuk mendedahkan reinforcement bagi tujuan pembinaan pile cap. Pemilihan sheet piles sebagai tembok penahan sementara adalah disebabkan faktor berikut;
                                                                                                              1 =>Keadah yang paling pantas bagi pembinaan tembok penahan dikawasan tanah yang lembut atau longgar;
2=>Sheet piles boleh dicabut dan digunakan berulang kali;
    3=>Pembinaan tembok penahan dengan menggunakan sheet piles adalah pantas dengan pengunaan tenaga kerja yang kurang;


    Kerja-kerja memecahkan bored pile head A telah selesai. Excavator digunakan untuk mengorek tanah yang menutup bored pile B. Pada 12/02/2014 kerja memecahkan bored pile head B sedang rancak dijalankan.
    12/02/2014 Kerja-kerja memecahkan
    bored pile head B sedang dijalankan.

    Wednesday, 5 March 2014

    MRT sebelah bilikku part 1

    Kerja-kerja pengorekkan
    sedang berlangsung (18/11/2013)
    MRT atau nama panjangnya Mass Rapid Transit. Perbezaan antara MRT dan LRT adalah jumlah penumpang yang boleh dibawa oleh sistem tersebut. ini adalah daripada apa yang aku baca di internet. Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan MRT ini bermula pada Julai 2011 dan akan siap dalam dua fasa. Fasa 1 iaitu dari Sungai Buluh ke Semantan akan siap dalam tahun 2016 (Disember) dan Fasa 2 dari Semantan ke Kajang akan siap pada Julai 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah lawati laman iniSejak tahun 2013, projek MRT ini telah pun menghampiri Pusat Bandar Damansara yakni berhampiran dengan pejabat. Oleh itu, aku boleh memantau segala aktiviti pembinaan MRT ini terutamanya pembinaan pier nya. 
    Kerja awalan sebelum menuang
    concrete kedalam borepiles (06/12/2013)


    Kerja-kerja memecahkan pile head (22/01/2014) 
    Pembinaan pier adalah sangat hampir lebih kurang 20 meter sahaja daripada bangunan pusat bandar damansara dan semasa kerja-kerja awalan dahulu terjadi peristiwa dimana concrete block (yang biasa digunakan semasa static load test) yang digunakan sebagai temporary retaining wall telah jatuh menghempap bangunan pusat bandar damansara. Tarikh kejadian 30/10/2013 . Bergegar pusat bandar damansara, akibatnya pejabat ditutup awal dan kami semua diarahkan pulang dengan gembira. Pier yang sedang aku awasi ini akan disokong oleh dua bore piles berdiameter 2-meter (anggaran) dengan kedalaman yang tidak diketahui. Bagi yang berminat bolehlah membaca disini mengapa bore piles dipilih untuk menyokong pier MRT ini.

    Monday, 3 March 2014

    Samsung LCD tv

    Samsung LCD tv

    Tv ini dibeli pada tahun 2005 disebuah kedai di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Harga lebih kurang RM1600++ termasuk 'bracket'. Model code: Samsung LA32A330JIXXM. Tapi model ini sudah tidak dikeluarkan lagi.


    Sepanjang perkhidmatannya daripada tahun 2005 hinggalah ke tahun 2013 (8 tahun juga) barulah tv ini menunjukkan tanda-tanda untuk rosak. Petanda awal akan berlakunya kerosakan kepada tv lcd ini adalah ia akan mengambil masa yang lama untuk on. Biasanya tv lcd ini akan berbunyi bila on dan off. Bunyi ini akan berulang-berulang kadang kala mengambil masa sehingga satu minit untuk on. Jadi sebelum menjadi lebih teruk dan terpaksa dihantar ke kedai, aku membuat carian di Google.com. Nah, rupanya masalah ini bukanlah masalah terpencil. Website dan youtube sudah ada penyelesaiannya. Berani atau tidak sahaja untuk mencuba DIY sendiri. Bagi yang rajin membaca anda boleh pergi ke website ini http://www.instructables.com/id/Repair-Samsung-LCD-TV-Relay-Clicks-Shuts-Off-Wo/ atau untuk melihat video cara-cara membaiki anda boleh ke pautan ini http://youtu.be/XJTfdDTAQpo 

    Berdasarkan kepada video diatas, aku mendiy tv lcd itu. Selepas membuka penutup belakang tv lcd itu, memang akan nampak kapasitor yang rosak itu.
    Kalau dlm internet, kapasitor yg rosak ini dipanggil bulge capacitors atau kapasitor bengkak yang boleh di lihat dengan mata kasar sahaja. Setelah mengenalpasti apakah kapasiti kapasitor yang rosak itu, tugas seterusnya adalah  mencari kedai yang menjual kapasitor. Jadi untuk membeli barangan elektronik biasanya aku akan pergi ke Jalan Pasar. Aku membeli kapasitor 2200 micro farad dengan suhu 85^C. Jumlah wang yang dibelanjakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Kalau aku hantar tv lcd ini ke kedai untuk dibaiki mungkin kosnya jauh lebih tinggi atau disuruh membeli tv baru pula. Sungguh jimat. Jika anda merasakan entri ini menarik harap dapat melayari kedai online saya sebagai ucapan terima kasih.
     
    Power supply board
    with bulge capacitor.

    Kapasitor rosak yang telah dikeluarkan
    daripada power supply board.

    Kapasitor baru.


    Sunday, 23 February 2014

    Pengenalan

    Seorang yang suka men'diy' barang2 di rumah. DIY yang membawa maksud membetulkan apa yang rosak, menambahbaik peralatan sediaada dan dalam kerja2 memperbaiki itu ada jugak yang tak menjadi atau rosak terus. Ha ha. Kehidupan harus diteruskan. Simpanlah peristiwa kegagalan itu sebagai kenangan masa hadapan.

    Antara DIY yang paling best adalah baikpulih tv lcd samsung. Jimat betul. Langkah yang diambil untuk membaikpulih tv lcd tersebut akan di post dalam waktu terdekat.


    Samsung LCD TV yang berjaya diselamatkan
    Door bell sediaada selalu tidak berbunyi. Kalau nak bagi door bell tersebut berbunyi kembali memerlukan aku untuk men' trip' kan ELCB. DIY untuk door bell ini juga ada.


    Door bell yang diubahsuai
    'Bell push' asal yang telah disambung
    ke 'bell push asal
     Entri-entri ini adalah sebagai nota atau peringatan tentang kaedah-kaedah baikpulih 'diy', peng'edit'an photoshop, informasi kedai makan yang sedap, kerja-kerja penyelengaraan kenderaan dan sebagainya. Apa yang terlintas difikiran akan dicoretkan sebagai entri. Tiada topik khusus dalam blog ini. Semuanya untuk dikongsi bersama. Jika ada kelapangan lungsurilah http://www.kedaikainsafiah.com