Tuesday, 1 April 2014

MRT sebelah bilikku part 3

24/2/2014 (Isnin) - Kerja-kerja memecahkan bored pile telah selesai, mendedahkan tetulang besi bored pile yang akan dibentuk menjadi pile cap. Pile cap merupakan asas yang memisahkan bahagian cerucuk dengan tiang. Jika kita lihat pada gambar disebelah, pile cap memisahkan bored pile dengan pier. Struktur pile cap dibina dengan menyusun tetulang besi dengan panjang dan lebar yang berbeza atau sama. Fungsi pile cap adalah untuk menerima beban daripada tiang/pier dan menyebarkan bebanan ini kepada cerucuk yang terletak dibawah pile cap.





25/2/2014 (selasa) - Kerja-kerja memasang tetulang bagi pile cap telah siap. Formwork sebelah tepi juga telah siap dipasang. Menunggu masa untuk penuangan konkrit kedalam pile cap yang sudah siap. 





27/2/2014 (Khamis) - Tetulang besi yang telah siap seperti gambar diatas telah dibuka. Adakah ini dilakukan setelah pihak perunding mendapati pembinaan pile cap seperti gambar diatas tidak mengikut lukisan pembinaan yang diluluskan? Atau ada sebab lain?







3/3/2014 (Isnin) - Kerja-kerja mengikat tetulang besi pile cap diteruskan semula. Kelihatan para pekerja sedang menurunkan papan acuan bagi bahagian tepi pile cap.










11/3/2014 (Selasa) - Kerja-kerja mengkonkrit pile cap telah selesai.

Jumlah hari yang diambil untuk menyiapkan pile cap ini adalah sebanyak 15 hari. Jika dikira 5 hari bekerja sahaja, tempoh masa yang diambil adalah 11 hari.

Jika coretan ini memberi manafaat, harap dapat melayari http://www.kedaikainsafiah.com sebagai tanda terima kasih.